Friday, January 28, 2011

Sotong Beriani Masam Manis


Mimpi apakah hari ni ghajenn bebenor sampai 2 lauk....uishhh tapi semestinya apa2 yang kita masak mesti la utk laki kita juga kan...kan..kan..lauk ke 2 hari ni Sotong Beriani Masam Manis...kali pertama pandang..terpesona dgn hasil masakan K.Nor Secubit Garam...pas tu gi blog walking kat umah Rabiatun - Pautan Kasih pun ada..lagi ler semangat yg dah lama terpesong tu kian membara dan teruihh bersemangat...kuikuikui..tak rugi try tauuu....sedappp...resepi asal ni dari CMG...Tiffin Biru tu...kenaiiikannnn...apa pun K.Nor lieza nak copy resepinya yer....

SOTONG BERIANI MASAM MANIS resipi: CMGebu
sumber: K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ekor sotong saiz sederhana
1 1/2 camca besar rempah beriani mix "Maggi"
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih hiris halus
1 camca besar sos lada hitam
1 1/2 camca besar sos cili thai
Sedikit garam, jika perlu
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani mix "maggi", ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..

* K.Nor tambah daun kari, hirisan cili padi dan perahan limau nipis
** sotong tu K.Nor goreng dulu sekejap( selepas dah gaul dgn rempah), biar keluar air dulu dan ketepikan.
*** air tu digunakan balik dan tak perlu lagi tambah air lain.

Utk resepi ni...lieza juga letak perahan air limau nipis...pergghh sedapppp..

3 comments:

ady said...

as salam
nampak berselera sungguh..mesti sedap ni

Kak Sam said...

Assalamualaikum....
Salam perkenalan. Selalu nampak lieza kat dapur hana, k nor, mas dll. Minta izin ye skodeng dapur lieza ni.

Lieza said...

ady..mmg berselera..mkn nasi paneh paneh...uishhh..

Kak Sam...hehehhe lieza mmg slalu nyibuk kat dapur org..heheh...nanti kat dapur akak pula lieza kacooo...skodeng ler kak kat sini biasa2 jer...btw terima kasih...dtg lagi yer...