Friday, January 28, 2011

Ikan Bawang Putih


Salah satu menu hari Ikan Bawang Putih...kalau Kak Ayu Singapore guna ikan talapia...sampai ke Deco Choco Yani Myr guna ikan Bawal...sampai ke lieza tukaq ikan selayang teruihhhh..hmmm yummy yummy lauk ni...mkn dgn nasi putih jer pun sodapppp...

Yani..akak minta ijin copy resepi dari umah Yani yer...Jom layannnnnn...

Ingredients:-
  • 1 ekor ikan tilapia ( Saya guna ikan bawal) - Lieza guna ikan selayang

Ingredients Untuk Sos:-
  • Minyak untuk menumis
  • 5 cili merah dihiris asar- Ayu gunakan 1 aje -sama dgn kak Ayu.
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 20 ulas cili padi dikisar kasar ( sy kisar 10 biji cili padi + 3 biji cili merah)
  • segenggam daun selasih-(Ayu tak letak sebab tak ada)- lieza pun tak letak
  • 2 helai daun limau perut
  • 1 cawan air jarang
  • sedikit kicap hitam
  • sedikit sos ikan Thai
  • gula secukup rasa
  • 1 sudu besar jus limau nipis ( tambah sendiri bg ada rasa masam2 sket)

Method:-Besihkan ikan, kemudian bilas dengan air garam dan lumurkan dengan sedikit tepung jagung (Ayu lumurkan dengan sedikit garam, sy guna tepung serbaguna) dan goreng hingga garing dengan minyak yang secukupnya. Kemudian angkat ikan dan letakkan dalam pinggan panjang yang dalam sedikit untuk disiram dengan sosnya.

Method Untuk sos:-
Tumis bawang putih hingga layu, masukkan cili padi, air kicap hitam, sos ikan, gula, daun selasih dan daun limau perut. Biarkan ia mendidih, Masukkan cili merah. Sos ini rasanya mestilah pedas, manis, lemak dan sedap. Matikan api. Curahkan sos ini diatas ikan yang siap digoreng tadi. Hidangkan dengan nasi ayam.(lieza mkn dgn nasi putih)
Sources:-From Sakina Oylao Abdullah@Resipi Pesta Perut

2 comments:

Ayu said...

salam lieza,
sedapnya nampak ikan lieza ni..kecur dah akak tengok oi!!..thanks sudi cuba ya..

Ezadlieza said...

K.Ayu...mmg sedappppp...suker suker...lieza buat pedas..sampai tahap berapi tinga...heheheh