Monday, January 31, 2011

Ayam Phat Phet

Hari ni masak menu Ayam pulak...ayam apa???? Ayam Phat Pet...memandangkan kat umah ada serai, daun limau purut yg rimbun serta kunyit yg masih bernyawa kat blakang umah tu...jadi takder hal utk lieza try resepi ni yg menggunakan bahan2 tersebut....

Kenapa namanya Ayam Phat Pet..hmm lieza pun tak tau..hehehehe...kata Mr. Hubby cam bunyi FunFair jer...itu kata dielah kan...hahahahaha...apa pun namanya menu ni mmg sedap laaa...di anak tekak lieza dan Mr. Hubby...menu ala2 Thai gitu...haaaa...resepi ni lieza amik kat MyResepi....hasil sumbangan Ms Widad...thanks for sharing...lieza nak copy pula utk rujukan lieza dan pada sesapa yg belum try bole ler cuba yer....


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

### Lieza tambah hirisan cili padi dan cili merah/hijau

7 comments:

Unknown said...

assalam kak...wah menarik tajuk menu ayam akak ni sure sedap ni..nk tumpang lunch sini boleh?...hehe

Lieza said...

Nieza...tajuk bukan sebarang tajuk tuuuuu...sedap rasanya....jom ler dtg sini....jamu mata..hehehe

Ayu said...

Assalam lieza,
ayam ni ada rasa macam paprik tak?
sedap nampaknya tu..bolehlah masuk list

Lieza said...

salam k.ayu....

rasanya lain dari paprik kak...sbb letak kunyit hidup...mmg lain ler...tp mmg sedap ler,,lieza buat pedas2...

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamaualaikum kak lieza,
menarik nampaknya lauk ni..boleh la try nnt.. =)

Lieza said...

w'salam norul..

mmg mnarik dipandang dan dirasa...cuba la try..cewahhh promote lak yer...tp betul nih...

Anonymous said...

kalo ikot bahase siam..phat=masak..phet=pedas..ni mskn thailand..