Monday, January 31, 2011

Chocolate Bottom Banana Square

Alahhhhaaaiii......mmg panjang nama kek ni kan....tp yg pasti CBBS ni mmg sedap..anak2 lieza suker pulak makan CBBS ni...moist rasanya...tp lieza buat agak tebal sikit sbb loyangnya kecil dari yg sepatutnya....pas tu lieza tak letak kekacang bagai..mahu pun cekelat chip tu..nanti bebudak ni dok pilih2 buang...haru jer nanti bersepah2...siapa yg susah akakkkkkk jugaaa...memandangkan lieza dah naik lemau tgk pisang tu yg dah tak terusik..apa lagi projek pun jalan ler dgn jayanya...lieza guna pisang berangan...mesti ler berangan pas ni...


Eh..bukan kek ler tp brownies ..silap lak...CBBS ni dah ramai org mencuba rata2 mengatakan sedap dan sedap..pertama kalinya lieza tgk kat umah K.Nor Secubit garam....pas tu jejalan lagi umah Izah yg Muffin Lover tu...pas tu gi pulak bertandang kat umah Cikgu Hana jepun tu...uishhhh mcm2 rupa brownies CBBS ni mengikut kekretifan meraka....mmg tgk mengiurkan...kalau tak percaya korang pegi ler lawat dapur dorang..klik jer kat bawah ni....

K.Nor Secubit Garam


Izah Muffin Lover


Hana a.k.a Hanamemories a.k.a Cikgu Hana


Ok la jom ler kita tgk resepinya ni....yg lieza copy dari umah hana...pssssttt Cikgu Hana dah translit kan ke dlm bahasa Jawa....ehhh bukan bahasa melayu.....sbb resepi asal dlm bahasa omputih...dan juga resepi hasil sumbangan..kiranya tuan punya resepi ler...dari Rima. Thanks for sharing this marbeles recipe..thanks juga utk blogger2 yg dah cuba dan share resepi ni kat dapur memasing...muahhhhh...

(psstttt gambo tu tak brape cun sbb panas2 lagi lieza dah potong...sbb bebudak ni dah tak sabau sgt...)

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs - lieza tak letak
Cara-cara
  • Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  • Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.
  • Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square.

2 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Lieza nak skett. La ni macam dah malas je nak mem baking.

Lieza said...

kak sam...bole2 ni ada lagi nih....hehehe...tu ler kak kekadang lieza ni pun malessss juga kak...bukan sikit punya males tp bykkkkkk.....