Monday, December 27, 2010

Roti Kelapa

Masa kat umah PIL lieza sempat juga buat roti nih....uishhh sedap lembut walaupun dah 2 3 hari..resepi ni lieza amik dari koleksi resepi Diana dan ini kali ke 2 lieza guna resepi dari koleksi beliau..alhamdulillah jadi elok rotinya...jom tgk resepi yg lieza copy dari koleksi beliau.


BASIC BREAD RECIPE (Diana olah dari resipi asal Roshayati)

Bahan A

440 gram tepung roti/ high protein flour - Lieza guna 500gm tepung roti jer
60 gram tepung superfine - tak letak
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung - tak letak
1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
4 sudu teh (1 paket) yis kering
Lieza tambah 1 sudu teh bread softener

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening

Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka. atau di isi intinya
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak. - lieza bakar dlm 20 minit

Lieza guna kaedah Bread Maker..masukkan bahan2 cecair terdahulu diikuti dgn garam, tepung dan lain2...pilih menu utk DOH.

2 comments:

Natasha said...

Wahh bestnya...ala rumah saya takde breadmaker..menjadi tak kak kalau bakar dalam oven?

Ezadlieza said...

sha...akak guna breamaker ni utk menguli jer...kalau tak guna breadmaker uli dgn tangan tp lenguh ler sikit...akak mmg bakar kat oven..