Wednesday, December 1, 2010

Nasi Ayam Ipoh



Wah wah wah.....Nasi Ayam Ipoh sudah sampai ke Sarawak dah nih...ada sesapa yg nak sambung lagi pas nih...jom jom jom kita pakat ramai2 yerrr..buat nasi ayam ipoh...dah merata berjalan nasi ayam ipoh ni...ke bangkok...Trengganu..penang...KL...dan merata lagi ler...lieza pun tak hengat dah...dah berzaman org buat tp lieza baru terhegeh2 angkat poyok dan kuali, sembelih ayam bagai...baru la ni nak buat...takpe..sambil Muaz melalak lalak jadi juga Nasi ayam Ipoh nih...

Resepi Nasi Ayam Ipoh ni lieza rujuk kat Dapur K.Nor Secubit Garam..dan juga lieza salin dari dapur k.nor juga...hehehehhe...jgn mare yer k.nor..nanti lieza anto sepinggan yer.....rasanya nasi ayam nih mmg ler sedap..wangi betoiiii masa nasi tu tgh masak. dan seperti kata k.nor juga pestime masak nasi ayam guna sos tiram...pekena pulak dgn sos kicap specelnya...uikkkk...terangkat beb...sapa nak cuba bole layan ler resepi nak tgk hidangan yg mengiurkan bole klik jer kat umah k.nor tu yer...


NASI AYAM IPOH

Bahan Utk Nasi:-

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
~ k.nor guna minyak bunga - lieza guna planta jer

Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili

10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


B
ahan Hiasan

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-

Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.


Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.


Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.(Untuk ayam nih...lieza goreng jer)


Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

No comments: