Thursday, August 19, 2010

Nasi Lemak Sri Pandan



Salam di pagi Khamis...Hari ni dah 9 hari kita berpuasa bermakna dah 9 Ramadhan ye tak..cepat betul masa itu berlalu kan....tau tau esok dah nak raya...

Nasi Lemak Sri Pandan?? ni ler menu berbuka semalam...masa jalan jalan cari menu semalam singgah jap kat umah Nurindah, tgk die buat nasi lemak ni mcm terbau2 pulak...terus keinginan tu membuak2 lemak pun lemak ler kan Nur...tanya Mr. Hubby menu hari ni nasi lemak dan Mr. Hubby pun setuju dgn cadangan itu..maka jadi ler nasi lemaknya yg digandingkan dgn sambal sotong.

Tapi kan Nasi lemak yg lieza buat ni tak nampak ler sgt hijaunya..mungkin sbb pinggan tu dah hijau kot hehehhehe..pudar sikit kalernya tp kalau nengok live ada ler hijau sikit2, yg beshnya masa nasi ni di masak semerbak bau seluruh umah ni..sampai Enas pun tak sabar nak makan, mmg harum betul bau pandan...walau apa pun nasi ni mmg sedap thank yer Nur sudi share resepi ni...akak nak CNP dari blog Nur yer...


NASI LEMAK SRI PANDAN

Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

bahan2
  • 1 kg beras AAA [basuh n toskan] - Lieza buat 4 cawan beras
  • 4 cawan santan
  • 10 helai daun pandan - dikisar (Nurindah: boleh kisar dgn 1-2 cawan air) - 3 cawan air pandan
  • 2 inci halia -dihiris
  • 3 biji bawang merah -dimayang
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - sekiranya suka - lieza tak letak
  • 1 helai daun pandan - disimpul

Cara
  1. Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
  2. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
  4. Bila sudah masak boleh hidangkan.
## resepi ni lieza buat mengikut sukatan keluarga lieza..


2 comments:

indahhouse said...

Salam kak lieza,
Waduh... patutlah terbau2 kat pintu, rupanya dah siap hidang. hihi. sedap kan, resipi ni?
Sama ngan my hubby. dia balik, nasi tengah masak. aura pandan tu memang buat dia lapo. hihi

Lieza said...

fuyooooo...sampai sana dah baunya yer Nur..uishh mmg sedap la resepi ni...akak mkn waktu buka..peh tu supper lagi...abih ler segalanya berlemak2...hukhuk.