Friday, August 13, 2010

Honey Sesame Chicken



Bersama2 dgn sup tadi, dihidang juga Honey Sesame Chicken utk menu berbuka tadi. Resepi nih lieza korek2 kat umah Hana family..berjam jam dok umah Hana nih sbb tak tau nak tangkap ayam yg mana, sbb semua mengiurkan tekak...tp at last pejam scroll scroll..tup brenti kat Honey Sesam Chicken..haaa nak tau rasanya cuba la yer..mmg sedap terasa sampai dalam perasa ayam tu..anak2 pun suka makan camtu jer...apalagi yer Hana, Lieza amik ler resepi ni..nak juga copy kat kat sini....buleh buleh? boleh la tu...

Bahan-bahan
  • 2 keping dada@peha ayam boneless
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili - hana ltk blackpepper - lieza letak kedua2nya sekali
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • garam
  • bijan sangai secukupnyer - utk tabur
Cara-cara
  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat. - lieza guna nonstick pan jer
  • Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai.
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.

No comments: