Thursday, February 25, 2010

Apam Balik

Pagi td buat bekpes utk Eryna..si Apam Balik ni....ternyata resepi nih mmg sedap dan menjadi ler apam baliknya mcm yg slalu ada jual kat pasar malam tu..kalu tak caya cuba ler buat yer..tp kena gunakan kuali non stick tu yer...kalu sesapa yg tingin benor nak mkn apam balik tp tak der dijual di tempat berhampiran...atau yg merantau jauh bole ler cuba resepi nih yer..resepinya aku cedok mencedok kat MyR..resepi Ms. Oreo...dah ramai org cuba buat guna resepinya..cuma aku yg baru la ni nak try..(ketinggalan sungguh aku ni) hasilnya perghhh...tgk ler sendiri kan....Buat Ms Oreo thanks byk2 yer dan dgn ini aku CnP resepinya utk rujukan aku dimasa depan..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning- aku tak letak pun takde stok
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba

2 comments:

Rokiah Abdul Aziz said...

bole cuba ni...apam balik ni mak Kiah punya pebret so setiap kali pasar malam menu wajib la...masuk list ye kak liza

Ezadlieza said...

Cuba ler Kiah..mesti menjadi..sbb adunan ni pun tak yah diperap2...