Friday, February 26, 2010

Tauhu Goreng Singapore


Salam Maulidur Rasul semua...cuti yer hari ni.....sambung esok lusa dah 3 hari bercuti..seronok benor ler bagi org2 yg berkerja tu kan...aku pun tumpang seronok juga...seronok sgt bila Mr. Hubby cuti..huahuahua...

Ok ler..hari ni aku buat Tauhu Goreng Singapore...tauhu ni mmg sedap dimakan begitu saja...ada rasa2 taugeh yg tak dicelur..usihhhh terangkat beb...taugeh ni kalau tak dicelur lg sedap dimakan..rangup2 gitu...resepi ni amik kat umah Hana, resepi asal katanya dari brader CMG tul tak Hana...hmmm inilah hasilnya bila dah geledah Dapur Hana.....berikan ler keizinan utk den copy yer Hana..dari Japan ke Kota Samarahan Sarawak..huissshhhh jauh tu weiiii...resepi ni dok merantau...jom la layan.....nak merapu mmg tak abih nanti..

Bahan-bahan
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
Cara-cara
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!


1 comment:

JanuskieZ said...

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors