Monday, November 16, 2009

Acar Rebung

Menu ni pula Acar Rebung, dimana ini adalah salah satu masakan orang Sarawak....menu ni pernah dihidang masa aku pergi bertandang ke rumah kawan di sini..Sarawak ler...mmg sedap..sbb lain dari yg lain sikit...tekak aku kata sedap...maka mmg sedap dan pernah buat satu ketika tp lupa akan resepinya...selak punya selak MyR terjumpa juga kat sini resepi oleh Tintacyber MyR...dan juga ada kat Dapur Tintacyber...thanks sebab sudi share resepi yg marbeles ni..n saya minta izin kat tuan empunya resepi nak CnP juga..bagi yg tak pernah buat..cuba la resepi ni...sedap.

Jom layan resepi dulu yer...

BAHAN-BAHAN ACAR REBUNG

  • Rebung(telah direbus)..kadang2 dipanggil juga rebung jeruk..(Rm2.00)
  • Udang kering(dalam rm3)..Separuh ditumbuk, separuh dibiar mcm tu je
  • Serbuk kari (ayam/daging)..saya biasa guna Adabi dalam 5 sudu besar
  • Sedikit halia (diketuk)
  • serai (diketuk)
  • 2 biji Cili hidup(di belah dua)
  • Sedikit Rempah tiga jenis iaitu (2 biji bunga cengkih, 2 biji bunga lawang, setengah batang kulit kayu manis)
  • 5 Ulas bawang merah(dikisar)
  • 4 Ulas bawang putih (dikisar)
  • Minyak utk menumis secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Cuka atau (air asam jawa) secukupnya


CARA-CARA MEMBUAT;

  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai serta halia tadi sehingga naik baunya.
  • Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
  • Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
  • Masukkan Udang kering tadi
  • Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  • Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
  • Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat.
  • Angkat setelah masak dan hidangkan.

2 comments:

Cendana Kasih said...

uish..terliur sungguh tgk rebung tu, mmg menjadi kegemaran saya rebung ni, tak kiralah masak apapun...

Lieza said...

wah..noorma mmg suka rebung yer...agaknya la kan selain masak lemak kalau kita tumis air ok tak noorma...