Wednesday, May 6, 2009

Karipap Inti Keledek Hana Japang


Karipap oh Karipap...Ni ler kuih yg paling aku gemar termasuk ler Mr. Hubby...karipap ni petang semalam aku buat tp tak dan nak report smlm....kali ni resepi dari Hana yg ku korek kat MyR kalau sesapa nak g umah die kat sini umah Hana...hehehe...tgk ler karipap ku yg tak berapa cantik kelim tepinya..al maklum ler aku ni tak ler expert bab2 mengelim karipap ni...janji die berpintal dan yg paling penting sedap..tul tak...jom tgk resepi..yg aku copy pes ni...bole yer hana..



Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam skit
  • air

INTI

  • 5 biji keledek
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • air

Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.
  2. Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  3. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  4. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau.
  5. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
  6. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

1 comment:

MaMaQaYPo FaMiLy said...

SUKA!! SUKA!! SUKA!!! Mama suka makan karipap!!! terutama yg Inti DAGING tu... SEDAP!!