Monday, April 6, 2009

Jeruan


Nahhhh....tu dia..nama lauk nih mmg agak pelik bagi sapa yg tak pernah dengar ler....ni masakan org jawa ni...tp kan aku sendiri pun tak tau asal usul kenapa di beri nama Jeruan....yg pasti resepi dari nenek aku..n turun ke mak aku..then skrg aku lak yg buat...harap2 anak2 dpt warisi masakan ni..cewahhh...nak tau apa yg ada kat dlm lauk ni meh ler layan resepi nih...ni stail yg aku buat laa kan.
Bahan2
  • 4 ketul hati ayam
  • 3 ketul pedal ayam - tak letak pun sama jer rasa
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe - nak letak lebih pun ok..jd ler byk lauk tu nanti
  • 1 - 2 biji kentang
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 20 tangkai cili padi
  • minyak utk menumis

Cara2

  1. Hati ayam n pedal direbus sekejap supaya senang nak dipotong kecil2.
  2. Tempe, tauhu, kentang dipotong kecil dan di goreng dahulu.
  3. Bawang, halia, cili dihiris nipis.
  4. Tumis bawang, halia n cili sehingga naik bau.
  5. Masukkan hati n pedal, tutupkan dgn periuk sehingga hati n pedal tu lembut.
  6. Masukan santan n air.
  7. Kemudian masukan tempe, tauhu, dan kentang.
  8. MAsukkan sedikit garam, gula n serbuk perasa jika suka..biarkan mendidih..baru tutup api.

p/s Sila lah cuba..kot kot sesapa dah bosan asyik2 goreng hati berlada jer..bole try resepi ni lak..resepi ni bole ditambah atau dikurangkan bahan2nya..bergantung byk mana nak dibuat dan dimakan.

No comments: