Sunday, May 3, 2015

Heat Pump Tumble Dryer(Pengering) Model No. NH-P80G2 Panasonic


Assalammualaikum Semua...
Kali ni Lieza nak share tentang penggunaan dan kepentingan Dryer yg telah Lieza guna hampir 3 bulan. Dryer ni bukan lah Basic Need tapi sangat2 berbaloi bila kita menggunakannya.
Tidak pernah terfikir utk membeli Dryer ni tetapi bila pada musim hujan yg lepas dimana berturut2 pagi petang siang malam hujan selama berhari hari sehingga terpaksa pergi ke Self n services Dobi utk mengeringkan pakaian yg tak kering2 dan terpaksa menunggu giliran pulaknya..almaklumlah proses mengering mengambil masa lebih dan kurang 45 minit.. mmg mengambil masa la di situ...sbb begitu ramai org ketika 
musim hujan.
Maka itu kami nekad utk membeli Dryer dan sudah tentulah Panasonic menjadi pilihan.
Sekarang dengan menggunakan Dryer sgt2 memudahkan kerja2 seharian..
Bila2 masa sahaja bole basuh kain tak perlu nak jemur2 baju lagi, memandangkan Lieza akan mengambil anak2 pulang dari sekolah jadi tak perlu lagi tarik tolak penyidai baju..mana tidaknya setiap kali nak keluar rumah mesti nak tarik penyidai takut2 tiba2 hujan kan...skrg tak perlu lg, mmg sgt2 membantu tugas harian Lieza sebagai suri rumah..

Mcm nilah rupa Dryer ni bila dibuka, permukaan yg berlubang itu didalamnya adalah Filter utk menapis tiras tiras dari pakaian yg terhasil dari pakaian. Disebelah bahagian bawah tetdapat satu lagi penapis.
Dryer ini juga tidak mengeluarkan haba yg panas seperti mana venting Dryer. Ini adalah Condenser Dryer yg mengitar semula haba panas dlm proses pengeringannya.

Terdapat beberapa Setting program di sediakan. Boleh dipilih mengikut kesesuaian jenis pakaian., tapi kebiasaannya kami hanya menggunakan setting Cupboard Dry Plus. 
Dryer ini mengandungi twin sensor dimana tujuannya utk memastikan kadar pengeringan yg lebih efektif dan juga Dryer ini Model Inverter yg menjimatkan tenaga dan elektrik.
Tempoh pengeringan bergantung kepada jenis pakaian dan jumlah pakaian dimana Sistem akan menentukan tempoh masa secara automatik.
 
Ini pula adalah LCD Display yg akan memaparkan maklumat seperti tempoh masa, setting yg dipilih dan warning sign.

Dryer ini juga boleh digunakan utk mengering kan kasut2 tetapi perlu menggunakan aksesori yg di jual berasingan iaitu Drying Basket. Tempoh pengeringan kasut ini juga bergantung kepada jenis dan kelembapan kasut. Peringatan! kasut2 perlu di tos air nya sehingga tiada air yg menitis barulah boleh dikeringkan menggunakan Dryer. 
Utk mengeringkan kasut setting yg digunakan adalah Timed Programe Warm dan tempoh masa boleh di set mengikut kesesuaian, dimana jika kita set 30 minit tp masih lembab kita boleh Add time lagi begitulah seterusnya. Selain kasut, Soft Toy juga bole dikeringkan dgn menggunakan Drying Basket juga.

 
Mudah dan sangat2 membantu dalam urusan kerja2 rumah seharian.




1 comment:

Unknown said...

Lieza,
Nak tnya..akak dpt dryer ni dr adik, dia beli n just guna 2 kali je. Kemudian akak guna, nape baju xkering ye? Dia cuma panas je tp kelembapan tu sama mcm keluar dr mesin basuh.
Akak cuma ambik cupboard dry plus tu kemudian start....