Thursday, May 7, 2015

Wantan Goreng


 

First time buat wantan ni, lintang pukang kejadian bentuk wantan ni...tp takpelah janji sodap dan anakπŸ˜‰πŸ˜‰ suka sgt..lenkali boleh buat lagi..
resepi ni lieza rujuk di Dapur Tun Telani..sila sila lah bertandang ye.... utk lipatan wantan ni bole tgk kat Dapur Linapg ye..



Wantan Ayam Goreng
resepi: chef sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 peket kulit wantan
  • 200 g isi ayam- kisar - tun guna bahagian dada, dadukan
  • 100 g isi udang - dadu
  • 1/2 bj bawang besar- cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 tsp minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap cair 
  • 1/2 tsp lada sulah - tun letak serbuk lada hitam
  • 1 btg carrot - sagat - tun tambah(lieza tak letak sayur)
  • 1 cwn kobis sagat - tun tambah (lieza tak letak juga)
  • garam secukup rasa
  • Lieza tambah daun sup dan bawang dihiris halus

Cara2 
  • Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  • letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  • Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.


No comments: