Saturday, April 5, 2014

Thai Son In Law Eggs / Khai Luk Khoei


Menu lauk hari ni ..Nama nya Thai Son in Law Eggs atau Khai Luk Khoei...usah ditanya mengapa dan begitu tajuknya yer... dah sememangnya begitu lah yg lieza ketahui dari BLog Cik Manggis..
Menu yg serba ringkas tapi ada pelbagai rasa yg membuatkan tekak ni terpikat(sedapppppp tau) makan dgn nasi ataupun dimakan begitu sahaja pun sedappppp...
terima kasih buat CIk Manggis yg berkongsi resepi yg mudah...Lieza panjangkanl resepinya pulak disini....

Resepi sumber :Cik Manggis

Thai Son in Law Eggs atau Khai Luk Khoei

Resipi asal : Tummy

Bahan-bahannya:

6 biji telur-rebus hingga masak dan kupas kulinya.
3 ulas bawang merah-mayang halus.-jadikan bawang goreng.
3 ulas bawang putih-tumbuk halus.
3 tbsp gula melaka.
3 tabsp sos ikan.
5 tbsp air asam jawa.
1 tbsp kacang tumbuk.
1 biji cili masak .(jika suka pedas ganti denga 5-6 biji cili api)-cincang halus.
Sedikit tepung gandum.

Tabur.

Daun ketumbar .(tak letak sb tak ada) - lieza tak letak
Daun bawang.(ganti)



Cara-cara

  • Kupas telur dan golekkan ke atas tepung gandum ketika telur masih basah.Goreng telur sehingga perang (golden brown)-Telur dibelah dua dan susun dalam pinggan yang sesuai.
  • Satukan air asam jawa,sos ikan dan gula melaka.Kacau sehingga sebati.Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga perang.
  • Masukkan campuran air asam jawa  serta cili  dan kacau rata.
  • Masukkan kacang tanah dan gaul sebati .
  • Tuangkan ke atas telur tadi dan tabur dengan daun ketumbar ,daun bawang serta bawang goreng.

No comments: