Saturday, March 9, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food



Assalammualaikum..

Hari ni baru berkesempatan utk bersama sama meriahkan 1st GA dari Pn. Tun Telani kita itewwwww.....tgk buku resepi tu mmg la sgt menariknya....alagkah seronoknya la kan kalau dapat memilikinya tapi kalau tak dapat pun tak pelah...sekurang kurang dpt juga memeriahkan  jemputan GA dari cik adik manis ni(bukan bodek yer Tun) hehehe ..walaubagaimanapun terima kasih buat Tun kerna sudi menjemput akak utk join GA yg bertajuk My Favourite Food...jadi bloggers2 yg diluarsana kalau yg berminat nak menyertainya jom kita tgk terma dan syarat-syaratnya dahulu...

Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.

Ok..berbalik kita kepada My Favourite Food

Taraaaaaa 
Ini lah dia My Favourite Food Ever n ever...
Soto Ayam


Inilah dia favourite food akak Tun...Soto Ayam resepi dari Diana MyR...dah acap kali juga akak buat menggunakan resepi yg sama mmg kena dgn selera tekak akak ni haaa....kelainan resepi ni kan diantara bahan2nya ialah dimasukkan santan sedikit..dimana selama ni akak mmg tak pernah mkn soto2 yg ada santan...asalnya akak rasa pelik sbb ada santan tetapi apasalahnya jika kita cuba kan....bila dah cuba...haaaaa amik kooooo mmg sedapppppp....dimakan pula dgn sambal kicap yg pedas berapi...perghhhhh dan lepas tu berulang ulang kali la akak buat....termasuk lah bergedilnya...sekali mmg menepati selera tekak kami anak beranak.....

 Hanya 3 kali dan 3 gambar yg akak yg sempat akak post kat blog walaupun dah byk kali juga akak buat..kiranya berulang kali dah akak buat...klik SINI

 
 
 

 Jom kita tgk resepinya...


Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 Bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat (aku letak dada jer dlm 12 ketul n tulang2 sikit)
  • 3 - 4 liter air (aku letak 2 liter 1/2 jer..sbb tak muat periuk)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar }
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus } (aku guna sebungkus perencah sup adabi)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

  • Bahan untuk Sambal Kicap5 batang lada merah
    20 biji lada padi merah thai
    2 ulas bawang putih
    1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasanbergedil
    taugeh yang telah dicelur
    daun sup, dipotong halus
    bawang goreng
    sambal kicap
    ayam, yang telah disiat-siat
Cara-cara
  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
Bergedil

Bahan-bahan ( 30 biji ) (aku buat dpt 14 biji sbb dlm 3-4 biji kentang jer)
  • 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat (aku buat 3 biji kentang yg sedang2 besarnya)
  • 300 gram daging cincang (aku letak segenggam ayam cyg dicincang)
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih (Guna 1 biji jer)
  • 3/4 cawan bawang goreng (agak agak)
  • secekak daun sup, dicincang (agak agak juga dlm 5 batang)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa

Sebenarnya byk ler juga favourite food akak ni, tapi ni adalah salah satunya lah yer...yang marveloussss....(kalau dah javanese tu kan soto mmg ler peberet)




1 comment:

Rohah said...

Salam ukhuwah dari akak..
Pebret akak juga soto ni,lagi2 kalau ada bergedel...