Thursday, October 25, 2012

Kek Gula Hangus K.Nor

Hari tu lieza ada buat Kek Gula Hangus..dah lama tak buat kek ni...kali ni resepinya lieza guna resepi dari K.Nor Secubitgaram...terima kasih K.nor...lieza ikut resepi yg ckit tu...sgt suker kek ni...

KEK GULA HANGUS
(resipi asal arwah emak K.Nor)

1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat

Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..

Yg ni versi K.Nor yg dah diedit sbb nak buat dlm portion yg sikit. Hasilnya spt dlm gambar kat atas tu..

125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat


Lieza follow resepi yg dah di edit ni...cukup ler utk kami sekeluarga.

Petua CMG
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

2 comments:

K.Nor said...

sedap la nampak lieza.. terasa nak makan la pulak kek ni.. dh lama betul tak buat..

slmt hari raya lieza :)

tun_telani said...

kak lieza... cantik nmpk bersarang kek tuuu. dh lama betul tun x makan. dulu2 x suka sgt mkn, asyik mkn kek cekelat je, dh besar2 ni jd minat pulak kek gini.

ps: amboii... baru perasa gmbr enas maradona kt sebelah ^^