Friday, July 6, 2012

Sos Kuah Rojak Buah Homemade DayangJack

Assalammualaikum...

Hari ni lieza nak share resepi sos kuah rojak atau rojak petis resepi dari
DapurKu Sayang Dayang Jack
Pertama kalinya lieza buat sos kuah rojak ni mmg sedap dan menjadi.... juga memenuhi citarasa lieza..hasil kejadiannya mmg memuaskan hati tauuuu...pas ni tak payah lagi la lieza tercari2 nak makan rojak buah atau pun mencari cari sos kuah rojak ni lagi...ternyata resepi dayang mmg bestttt....lebih2 lagi bila dah semalaman..lagi sebati jadinya...fuhhh terima kasih dayang yer..lieza nak share juga resepi ni kat sini...cumanya lieza ubah kuantitinya jer..yg tulisan biru tu...

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)

bahan-bahan :
  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml) - lieza guna 1/2 cawan
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya - 1/3 cawan gula apong
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan) - 1/2 keping belacan bulat yg size besar
  • 1/2 botol kecil sos cili - 1/2 cawan sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya) - lieza guna dalam 2 sudu besar
Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  4. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  5. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!


3 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam..hemmm teliur negok akk pun dah buat resepi kuah rojak dari Dyg..sdp kan...cuma kemarin akk tebuat pedas sikit.. tp boleh mkn dah gaul gan buah x rasa sangat pedas...buat lebih le simpan dlm peti....:-)

Chik Mimi said...

sedapnyaaaa lama kak tak buat kuah rojak,opsss kuahnya ada kat peti ais M nak potong buah aci dak?hehehehe

ahdaus said...

Emmm kalu x sempat orda sahaja...Sesiapa nak kuah rojak mak bee yg ready made bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com nie @ boleh ambil di ampang park,kl TQ