Monday, July 2, 2012

Sambal Ikan Tongkol K.Nor Style


Aishhhh tgk lauk ikan ni lieza terliur liur dah... mana taknya ni menu yg tertunggak utk di N3 kan kat blog...bila tgk kesekian kalinya masih terasa rasa kesedapan sambal ikan ni... yelah kan lieza ni bukan nya reti memasak sgt ilmu2 masak memasak ni pun kebanyakannya lieza pelajari dari teman2 blogger semua kakak2 adik2 dan tak kira la siapa pun yg ada blog masak2 ni...
Mesti org kata eek ee leeee menu ni pun nak tayang kewwww!!!kan kan kan...tp seriously sambal ikan tongkol ni pestime lieza buat dgn caranya yg berbeza...iaitu ikan nimdirebus terlebih dahulu sbbnya sebelum ni yg lieza tau digorengggggg jer...so sbb tu lah ada kelainannya dlm resepi sambal kali ni dan lieza nak juga berkongsi dan memanjang respi ni .
dan seriously mmg mmg sedapppppp....terima kasih K.Nor Secubitgaram yg berkongsi respi ni... sedapppppp...lieza nak simpan sini juga resepinya...



SAMBAL IKAN TONGKOL@AYA

Bahan:
2 - 3 keping ikan tongkol
3 kpg asam keping
garam
air

Masukkan semua bahan dalam periuk.
Sukatan air utk mati air ikan (setengah tempat panggil rebus) hendaklah dilebihkan sket dr paras ikan.
Masaklah dgn api sederhana hingga ikan masak/ air rebusan tinggal separuh dr asal.
Ketepikan (jgn buang air rebusan)

bahan2 lain (utk sambal):
3 sudu besar cili mesin *
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah *
1/2 in halia * (*diblend)
2 sudu besar udang kering ~ ditumbuk halus/blend
1 sudu besar kicap manis
air asam jawa
1 cawan air
air rebusan ikan
1 sudu besar gula
minyak

Panaskan minyak dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lagi hingga kering sedikit dan masukkan udang kering.
Masukkan kicap dan masukkan 1 cawan air.
Masak lg hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air rebusan ikan.
Biarkan merenih hingga sedikit pekat dan masukkan ikan tongkol.
Teruskan memasak, masukkan gula dan tambah garam jika perlu.
Masak lah hingga kepekatan yg disukai.
Boleh lah dihidangkan dgn nasi lemak.




Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/01/nasi-lemak.html#ixzz1zSDw0zUp


2 comments:

Anna Qawina said...

Aslmkm Kak Lieza..sihat? lamanya tak jumpa akak ni..hehe..
of koz sedap nih..mmg all time peberet..(bahasa apakah? hehe

Benedicts Brain said...

Nice blog you havve