Wednesday, January 11, 2012

Ayam Masak Padang

Semalam lieza masak lauk Ayam Masak Padang...pestime buat..mmg sedap...Mr. Hubby pun kata sedap...si Enas ni pun jarang nak makan tetiba kesedapan Ayam Masak Padang ni menambat selera die rupanya...huishhh tp ternyata mmg sedap...resepi lieza korek2 kat dapur DayangJack Dapurku Sayang

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.

8 comments:

Nieza said...

sedapnya tgk ayam msk padang ni kak...tumpang lunch sini yer:)

tun_telani said...

kak lieza, agak2 org padang pandai x masak nih? hihi.. nmpk pekat sedap tuh.

dZana said...

aslmkum lieza.. cam lama akk tak jln sni.. harap tak kecil hati yer.. respi dayang mmg sedap2.. suke tgok kuah ayam ni.. sungguh myelerakan..

izahdaut said...

kak lieza.. nak ayam sikit. tulang2 ngan kuah pun jadik la.. lapoo

Ezadlieza said...

Nieza...mmg sedap la nieza..ni pestime akak buat..

Ezadlieza said...

Tun...ngeh ngeh ngeh nanti akak buat survey pandai ke idak org padang masak camgini...

Ezadlieza said...

kak dzana...hehehe tak pe kak..lieza tak kecil hati..biasa la tu..lieza pun kekadang tu enggak punya masa juga nak bertandang slalu kerumah teman2 blogger nih..kadang tu sempat letak N3 jer..betul la kak resepi dayang mmg sedappp..sampai anak lieza pun sukerrr...

Ezadlieza said...

Izahhhhhhh.....tulanngnya takder dah izah..akak sapu abih dah...yg tinggai serai2 yg bertaburan jer...hehehehe