Monday, November 28, 2011

Daging Goreng Kunyit


Tetiba nak makan Daging Goreng Kunyit...nak cepat buat ler Google..terjumpa resepi dari Kak Jee nih..maka itu jadi ler Daging Goreng Kunyit style K.Jee....mkn dgn nasi panas jer dah sedappppp...

Daging Goreng Kunyit
Sumber : Dari Dapur Kak Jee


BAHAN2NYA:


300 gms daging batang pinang (kalau daging lain rebus sampai lembut)
2 labu bawang besar (mayang bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu kunyit serbuk
2 biji cili merah (dihiris)
kacang panjang (potong kira-kira 1 inci)
garam secukup rasa



CARA:


Daging dihiris dan diperap bersama kunyit dan garam selama kira-kira setengah jam. Goreng daging seketika pastu tambahlah sedikit air dan masak hingga daging lembut. Kalalu daging dah direbus dan lembut, goreng hingga daging garing2 manja gitu. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan kacang hijau. Setelah kacang panjang setengah masak, padam api.

4 comments:

tun_telani said...

ingat lg masa 1st time tun goreng daging.. masa tu tingkatan bape ntah. tun goreng daging mcm goreng ayam dalam minyak banyak! hahaha.. keras kejung jadinyer ;p daging goreng mmg menu rasmi lepas raya haji.

dZana said...

waaa.. sedap ni lieza.. akk byk lgi stok daging korban.. fenin gak nk masak..

Ezadlieza said...

Tun...akak tahu mesti tun sekarang dah expert buat daging camni kan...sbb dah jd menu rasmi tun kan...

Ezadlieza said...

K.dZana..akak mmg sedap kak....lieza makan dgn nasi putih, panas2 fuhhh lupa org sekeliling...