Tuesday, August 9, 2011

Angel Hair Lemak Pedas

Salam Ramadhan buat semua teman2....wah hari ni dah masuk hari yg ke 9 kita berpuasa kan..dan baru hari ni juga lieza baru berkesempatan utk mengupdate blog dan juga baru membuka dan membelek lappy nih..bukanya tak memasak sepanjang 8 hari berpuasa ni tp selama 8 hari ni masak yg biasa2 jer dan campak2 jer...
Hari ni menu berbuka lieza Angel Hair Lemak Pedas jer..tp sungguh menyelerakan dan mengenyangkan...sedap sedap sedap...terima kasih kasih buat CMG dan juga K.Nor yg mengongsikan resepi ni..lieza tgk dah terlalu ramai teman2 bloggersdah cuba menu nih..rata2 mmg berpuashati dgn rasa kesedapannya...tak caya?? jom try yer....resepi ni lieza amik dari rumah K.Nor Secubitgaram yg sekarang rumahnya sudah diubah suai..nampak lebih menarik dan ceria....tahniah buat K.Nor..(lieza dah ketinggalan ketapi nih..skrg baru tau)

SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf - lieza guna herba campur
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL - lieza guna susu segar
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu

### yg lain semua lieza ikut cara k.nor


CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.



2 comments:

K.Nor said...

salam lieza.. lamanya bercuti :) sedapkan spaghetti ni..

Ezadlieza said...

salam kembali k.nor...hehehe kejap jer tu cutinya..mmg sedap ler k.nor spaghetti ni...kenyang ler sampai la ni...nak buat pun kejap jer..