Friday, July 22, 2011

Roti Sardin

Roti yg ada hampir kehujung nyawa jadi lieza merajinkan juga kederat nih buat roti sardin cam CK (Norma Cendana Kasih) pernah ternampak kat dapur die ada roti sardin yg di frozenkan dan dijual juga...siapa2 ler kan yg rasa nak segera maleh nak buat tu pergi ler tinjau2 dapur CK tu pas tu bole order....yg berada di sekitar Puchong...
Ok lah lieza nak copy resepi ni pulak dari dapur CK...Terima kasih Norma..

Bahan-bahan
Roti sandwich secukupnya
Sardine (satu tin diasingkan sos dan isinya)
Bawang besar (dipotong bulat)
Bawang putih
Bawang merah
Lada kering
Lada kecil (jika suka pedas)
Asam jawa – perah bersama air dan buang bijinya
Cara-cara
1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwitch hendaklah dilenyekkan dengan gelas atau penguli…
2. Kisar lada kering, bawang merah (2-3), bawang putih (2-3) dengan sedikit air hingga hancur…
3. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar. Setelah pecah minyak masukkan isi sardine tersebut serta bawang besar dan lada kecil (jika perlu). Masukkan sedikit sos sardine serta sedikit air asam jawa. Pastikan kuah tidak terlalu cair.
4. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar
5. Kemudian gorengkan dengan minyak yang banyak (deep fry). Boleh juga disalut telur dan golek dalam breadcrumb/cornflakes/oat sebelum menggoreng.


5 comments:

Nieza said...

wahhhh sedapnya roti sardin kalau dpt mkn ptng-ptng gini..nieza suka ni...:)

tun_telani said...

kak lieza, tun baru siapkan karipap sardin nih.. apa kata kita bertukar2 kuih. hihi

Cendana Kasih said...

anak2 saya pun suka roti sardin ni..sbb tu saya buat banyak2 dan frozenkan, dan bila ada tetamu datang saya jamu jugak dengan roti sardin ni..pastu kawan plak order, dipanjangkan pada kengkawan lain...tu yang jadi bisnes kecik2 tu...

Diana @ Melley Mey said...

sedapnya tengok roti tu... macam nak ambik jer seketul.. anak2 diana mmg suka makan roti mcm nie.. sedap kan

Nurul said...

sedapppnya roti sardin ni... yg inti sardin ni mmg nurul suka, kalau karipap pun lebih suka karipap sardin.... :)