Hari ni masak 2 menu yg berlauk...Telur Masak Taucu...hasil penyelongkaran lieza kat Dapur Kak Anymz yg baru jer lieza kenali...macam2 ada juga tau kat dapur K.Anymz nih..ok lah jom lieza copy resepi ni dari dapur k.anymz yer.
BAHAN2NYA:
5 biji telor (digoreng mata kerbau)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih dimayang
cili padi (ikut suka banyak mana nak letak. Ditoreh sikit atau ketuk)
2 sudu besar taucu
sedikit ikan bilis (sejemput jer)
Cili merah (optional)
1 asam keping
1 inci halia (dihiris)
CARA:
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu. Masukkan kira2 satu cawan air, taucu dan cili padi/api, halia serta cili merah dan juga ikan bilis. Didihkan. Jangan bubuh garam. Bubuh sedikit gula dan asam keping. Biarkan didih kemudian masukkan telor. Bila sudah siap masak dan hendak padam api, rasa dulu cukup ke tidak masinnya. kalau perlu bubuh sedikit sahaja garam.

6 comments:
assalamualaikum kak.. sedap juga telur dimasak taucu ni yer kak..lain sikit dari yg biasa dimakan.... :)
sedap kan lieza,abang suka betul telur di masak gaya gini..dah dua hari berturut2 akak dok buat menu yg sama.jimat.hehe
kak...nak telur...taruk kuah tu lebih sikit yer
sedapnya!...terus rasa lapar masuk dapur akak ni..hehe
kak.. pesal n3 akak tgh2 malam nii?? hihi... tun xpenah mkn taucu tu.. sedap ek?
ps: akak nyer FB email ape? nk add nih.
Post a Comment