Friday, July 8, 2011

Maggie Goreng Bersosej Kari HSHome

Menu ni last week lg lieza dah buat tp bila nak update blog demam pulak....luluh tau semangat nak update masa tu..asik2 demam jer blogger.com nih...huhhhh takpelah nak buat mcm mana kan...resepi dan idea masakan ni lieza amik dari Kak Ummi Kuantan HSH tak pernah terpk nak buat gini...punya ler tak kretip dan tak reti kan...walauapa pun terima kasih kat kak ummi yer...mmg sedappp...anak2 lieza pun suka...

MAGGIE GORENG BERSOSEJ KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (untuk 6 - 8 orang)
  • 6 paket maggie kosong (dipatah-patahkan kecil)
  • 5 batang sosej ayam - dipotong kecil menyerong
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang lobak merah - dihiris halus
  • secekak sawi - dikerat-kerat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis ABC
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 2 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau sebentar.
  3. Masukkan kicap, sos cili dan sosej ayam dan gaul sebati.
  4. Masukkan lobak merah dan air secukupnya.
  5. Bila mendidih, masukkan maggie yang dipatah-patahkan tadi dan kiub pati ayam. Gaul rata hingga maggie nampak sudah kembang masak dan mengering.
  6. Masukkan sawi dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga maggie benar-benar masak.
  7. Angkat dan hidangkan.

4 comments:

tun_telani said...

morning kak lieza ^^
wah.. meggi goreng! lama x makan.. biasa tun mkn megi kalau dh xde selera nk mkn mende lain. tp tun pun rebus air pastu letak perencah ngan lada. hihi

Diana @ Melley Mey said...

makan maggi goreng gini memang sedap nie... kekdg tu mengalahkan lauk2 yg ada dpn mata... mmg nampak sedap tu

Ezadlieza said...

Tun...kadang tu..makan rebus2 gitu pun sedap tuh tun..letak sos cili...perghhh...panas2..

Ezadlieza said...

Diana...mmmg betul la...maggi2 goreng kalau tgk asik terliur jer...ni tgk lg pun rasa tingin lg...fuhh