Friday, June 3, 2011

Kerabu Epal Hijau

Hari ni kan salah satu menu lieza Kerabu Epal Hijau resepi dari Kak CT Delima...aduhaiiii mmmggg sedapppppp..kecur airliur dikala lieza menaip sambil melihat gambo ni haaaa...kalau tak makan dgn nasi makan begitu sajer pun enak sihhhh....mmg betul bagai dikata kak CT sentiasa kecur bila tgh menyediakannya...ini lah kali pertama lieza buat kerabu epal..sekali buat dah jatuh cinta..uhhhhh...akan ada lg hidangan kerabu epal ni nanti...Ohhh kak CT izinkan lieza copy resepi utk dikongsi kat sini pulak yer...terima kasih kak CT.

Kerabu Epal Hijau
  • Sumber : Majalah lama/Dari Dapur CT

    Bahan-Bahan :
    1 biji epal hijau
    1 biji bwg besar - potong dadu
    1 biji tomato - potong dadu (CT tambah)-Lieza tak letak takder stok
    4 biji cili padi - hiris bulat
    1 tangkai cili merah - hiris bulat (CT tambah)
    lemon juice/ limau nipis / sedikit cuka masak
    1/2 sudu teh kerisik
    Sedikit nampla (sos ikan) - (CT tambah)
    Garam dan gula secukup rasa
    Udang kering digoreng - tumbuk kasar

    Cara-cara :
    1. Hiris buah epal nipis2 dengan kulit2 sekali (jangan sagat) dan rendam dalam air garam untuk mengelakkan dari menjadi lebam.
    2. Satukan epal hiris, bawang besar, tomato, cili padi, cili merah, kerisik dalam mangkuk.
    3. Masukkan lemon juice / limau nipis / sedikit cuka (jika tiada juice lemon) gaul semua bahan2 dan tabur udang kering.
    4. Bubuh sedikit garam dan gula, gaul sebati dan hidang segera.

2 comments:

CT Delima said...

As'salam Lieza..kak ct punya kerabu dah licin lah. Tumpang makan lieza punya lah ehh.. kecur juga bila lihat gambar kerabu Lieza ni pulak. alahaiii..mengoda betul kan kerabu ni.

Terima kasih sudi mencuba ya Lieza :D

Ezadlieza said...

wsalam kak ct..meh ler kak ada byk lg tu..lieza buat 3 biji sekaligus...sedap betulll...ratah camtu jer...terima kassih juga wat kak ct sbb share resepi nih..