Friday, April 8, 2011

Donat HaSue lagiiii..

Udah lamanya lieza tak mendonat sejak Muaz takder dlm perut lagi sampai ler Muaz dah setahun baru ler nak buat, entah apa entah hari ni mood mendonat tetiba dtg...tp idok ler donat berkentang maupun berlabu...ada ada mood pun tp ada sedikit kemalasan juga tu...donat ni lieza pernah buat juga Dulu...guna resepi HaSue yg mudah..cepat dan yg penting gebussssssss sedappppppp.....yg beshnya donat ni tak perlu perap ke hapa..pas uli uli...bentuk bentuk teriuhhh goreng....mmg sesuai utk Ibu yg anaknya asik nak bergayut kat kaki jer..hukhukhuk...

Resepi Donat ni lieza buat separuh dari resepi asal yer...jom ler tgk sekali lg resepinya yer..Sue akak nak copypes dari MyR yer...thanks HaSue..

Donat
Sumber : HaSue MyR

Bahan2
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)- lieza buat separuh 2 cawan tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)- lieza guan separuh
  • 50g Marjerin - 2 sudu besar
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)- maintain
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir - 1 sudu jer
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa] - Lieza guna 1 sudubesar susu tepung
  • 1 Biji Telur- maintain
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

4 comments:

Unknown said...

sedapnya donut...gebus betul tu tapau ler sikit kak malasnya nk msk hari ni mkn jer mau...hehe

HaSue said...

namaku diseru..tertinggal bas lak nih..hehe
gebusnyaa nmpk donut akk tuh..sy dah lama x mndonut..mls bebeno ler kn..ade resepi simple pun bleh x terbuat gak..hehe..

tun_telani said...

aduhhh.. gebus nyer donut.. dh terliur nih, nmpk gaya bakal mendonut jugak nih.. hihi

Azie said...

As salam. Salam kenal dari Azie Kitchen. Wah nampak mudah tu. ingin nak mencubanya juga.