Friday, February 13, 2009

Donat Gebusssss

Yang ni dah salut gula

Gambar yg ni tak salut gula lagi...kalau suke bole letak topping coklat masakan


Haaaa....baru aku dapat upload gambo.. smlm tak tau ler apa ke halnya tak leh nak upload..tu yg tak teraupdate tu..

Hmm..ok ni resepi donat aku cilok kat MR sedap kalau ikut resepi nih..donat akan jadi gebu dan lembut..aku buat separuh adunan dari resepi ni dpt ler dlm 10 biji cam dlm gambar tu...kalau sesapa nak buat separuh, marjerin tu aku letak 2 sudu besar n telur maintain jer sebiji..n shortening tu letak je satu sudu besar juga dan yis pula 2 sudu kecil jer..yg lain aku guna separuh termasuk gula n susu n air pula 90ml jer aku guna...meh layan resepi kat bawah ni...

  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera(jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Bji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur) Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

2 comments:

nbalike said...

Hello,welcome to my blogs. my bolgs is about air jordan shoes, air jordan, nike jordan, jordan Sneaker, jordan shoes,nike air joran. could you give me some suggestion? i shold thank you very much.

Anonymous said...


Below the cam carrier is a 16 valve cylinder head constructed of an aluminum alloy using sintered iron valve seats and iron cast valve guides for added durability. Forged aluminum pistons are used for added strength with improved durability under severe operating conditions. The engine features an electronic fuel injection system, and a stainless steel exhaust header. Each engine was hand-built and includes a cam cover sticker with the engine builder's signature.The engine develops its maximum power at 5,600 rpm and is redlined at 6,500 where the SOHC Vega engine peaks at 4,400 and all is done at 5,000. Features & changes 19751976 1975 Cosworth Twin-Cam Vega Chevrolet general manager, John DeLorean chose black over Cosworth silver, the original choice, as the car's exclusive color. 1974 pre-production cars released to the press and all 2,062 1975 Cosworth Vegas were indeed, black with gold "Cosworth Twin starter motor parts Cam" lettering on the front fenders and rear cove panel and gold pinstriping on hood bulge, body sides, wheel openings, and rear cove. Black exterior color wasn't alternator for sale available on lesser Vegas until the following year.