Thursday, March 24, 2011

Sup Telur


Hari ni masak sup telur yg paling sempoi tp sedap dimakan begitu sahaja...dgn nasi apatah lagi kan...oleh kerana tekak tak selesa bersama hidung pun tak selesa (laki bini batuk selsema) lieza masak ler sup telur..sedap tul hirup panas..segar jer rasanya..resepi ni dah lama lieza ternampak kat dapur K.Nor Secubit Garam..tp mengikut katanya resepi ni diambil dari Dapur Izah yg love muffin tu..peh ti Izah ni pulak amik kat dapur kak Hanieliza..haaa panjang kan citenya...jgn pening2 pk yer..jom tgk resepi yg lieza copy dari dapur k.nor ni haaa..

SUP TELUR by K.Liza
sumber : Izah

Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek] ~ tak ada stok, k.nor letak kobis
air secukupnya
minyak
garam

sedikit soo hoon yg direndam -saya tambah (k.nor tak letak)-lieza tak letak juga

Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.

##Utk sayuran tu lieza letak jer apa yg ada..bunga kobis..tomato pun lieza letak..


2 comments:

tun_telani said...

oloh oloh.. siannyer kak lieza, dh minum sup yg sedap jgn lupa mkn ubat, ye =)
get well soon!

Lieza said...

tu ler tun...tgh2 selsema ni mkn makanan yg berkuah2 ni sedap tul...dah makan ubat dah tun tp pas tu kepala jd sengal...berat giler...btw thanks yer tun..