Monday, February 14, 2011

Kari Ikan style Chik Mimi


Asyik cite menu yg dah lepas jer..hari ni masak apa lieza weiiiii.....hmmmm...wokey hari ni kan lieza masak Kari Ikan Senangin....seperti biasalah kan kalau lieza masak kari ni masuk bahan2 asas jer...tapi nak kelainan lieza godek2 dapur Chik Mimi yg kat utara tu...tokey periuk tu...nak order periuk bole gi punggah umah cik kak sorang ni namanya Chik Mimi alahhhh..yg Aku dan Kehidupanku tu....jom jom tgk cpttttt..
Akak lieza nak letak resepi ni kat sini pulak yer...supaya lieza bole rujuk lagi tak yah ketuk2 pintu umah akak jer kan..heheheh

Bahan Tumis
Bwg merah*
Bwg putih*
*dihiris
Halba campur - terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan putih..tul tak kak?
Daun kari

Rempah Kari selalunya chik guna cap Babas**
Air Asam jawa~pekat**
Santan pekat **~sllnya chik guna dlm 100ml (chik sllnya guna santan frozen)kes malas nak beli selalu so mmg buat stok
garam**
** Rempah di bancuh dgn air panas dijadikan pes kemudian masukkan santan & garam
Air

Bahan sampingan
Bendi / terung
Cabai muda
Tomato buah

Cara-cara
Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan campuran rempah tadi,kena kacau selalu takut nnti hangit,masak sehingga garing dan hilang bau rempahnya.Setelah garing masukkan sedikit air ,jgn masukkan terlalu banyak air nnti cair tak sedap,biarkan mendidih sebentar,masukkan ikan @ kepala ikan bersama tomato buah,biarkan mendidih lagi apabila dah mengelegak masukkan pula bendi/terung.Apabila bendi agak lembut masukkan cabai muda yg dibelah di bahagian bawahnya.Masak sebentar ,bolehlah ditutup api jika suka taburkan daun bawang yg potong,tarraaaa siap utk dingap.


3 comments:

Chik Mimi said...

Assalam adik manissss tq sudi mencube,amacam kena ngan selera tak?

Nieza said...

perghhh tak tahan nengok kari ni kak...dapat cicah ngan roti benggali sedap ni...hehe

Ezadlieza said...

Chik mimi....w'salam kak...perghh mmg kena dgn selera lieza kak...pestime lieza letak segala halba tu bila buat kari...sedap sedap...

Nieza...betul betul betul akak pun mkn dgn roti juga kari nih..perghhhh tak hengattt...