Monday, November 15, 2010

Sosej Goreng Kunyit


Sosej goreng berkunyit...sesekali masak sosej camgini enak kok...expecially Enas & Eryna mmg suker kalau Ibu die masak gini...tp kan takder ler nampak kekuningan kunyit tu..sbb ibu dorang ni ngada2 gi jirus sos tomato sikit...nampak ler merah2 gitu...peh tu dlm resepi asalnya tkder ler ler letak kentang goreng...tp Ibu dorang ni lg2 memandai tambah2 kentang kat dlm tu...ampun ya tuan empunya resepi...resepi anda telah di godam2 mengikut tekak anak2...hehehe..what ever laaaa..yer...jom ler tgk resepi yg lieza copy dari dapur Hana ni yer...

Sumber - Hanamemories dan K.Nor Secubitgaram


Bahan-bahan

  • 4-5 btg sosej ayam@daging - hiris
  • 1/4 bawang bombay@holand - hiris - lieza tak letak
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 3 atau lebih biji cili padi hijau - ketuk- lieza leta cili besar jer
  • 5+ ketul potong bunga kobis - ms nih xde - lieza tak letak
  • 1 btg kacang panjang - potong - ganti asparagus - lieza letak kentang yg dipotong baji dan digoreng dulu
  • serbuk kunyit
  • lieza tambah 2 sb sos tomato
  • garam
Cara-cara
  • Gaul sosej dengan garam dan juga serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak. Goreng sosej. Jika hirisan daging, goreng hingga garing.
  • Masukkan bwg besar, bwg putih, cili padi, kacang pjg dan bunga kobis.
  • Jika kurang masin tmbh garam lg.Goreng lagi hingga masak semuanya.
  • Angkat dan sedia dihidang.

2 comments:

K.Nor said...

sedap tu... :)

Ezadlieza said...

K.Norrr...mmg sedap...lieza buat tak pedas..anak2 suka sgt...mak budak lg lerrrr...