Sunday, November 14, 2010

Roti Puri Sempoi


Buat utk breakfast pagi tadi...selalu juga lieza buat camni kalau utk breakfast, minum petang..atau jadi hidangan kalau tetamu dtg...jadi rajin nak buat sbb doh ni tak perlu diperap semalaman atau pun berjam jam...lepas uli jer dah bole goreng...pernah lieza letak resepi ni kat MyR klik SINI la yer utk tgk resepi...tp takpelah lieza tepek gak kat sini yer..

Roti puri ni boleh dimakan dgn kari segala kari...sambal bilis ker...sambal sardin ker..apa2 jer ler ikut selera masing2.

### tip semasa menggoreng ialah sambil jirus2kan minyak yg didlm kuali keatas roti puri yg digoreng utk bagi die gelembung dgn cepat.(betul ker ayat ni)

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
  • 1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
  • 11/2 s/k baking powder
  • 1 s/k garam
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
  2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
  3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
  4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng..

No comments: