Thursday, August 12, 2010

Pajeri Terung


Menu berbuka utk hari ni, Pajeri Terung..resepi asal Kak Liza guna NENAS tp aku letak terung.
Mmg sebelum ni selalu juga buat kadang2 letak nenas guna resepi yg sama juga..takpelah aku merajinkan diri copy semula dari dapur kak liza.

Pajeri Terung - Sumber Kak Hanieliza

PAJERI NENAS/TERUNG

Bahan

1 biji nenas [potong kecil] - Kalau guna terung, terung digoreng dahulu sekejap
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas/terung. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan dari Kak Hanieliza

Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

No comments: