Friday, July 30, 2010

Kacang Buncis Goreng Telur

Kacang Buncis Goreng Telur...hmmm...hari jalan punya jalan..jenguk punya jenguk jumpa ler resepi utk menu Kacang Buncis...di dapur Love2cook .....maka jadi ler menu sayur Kacang Buncis Goreng Telur utk aku arini..rasanya sedap sbb ada daun kari kat sayur ni..ni ler pestime aku masak sayur letak daun kari peh tu letak serbuk kunyit...hmmm lazat..so...to Love2cook..lieza copy resepi yg marbeles ni kat sini ok...thanks 4 sharing.

Bahan2nya:-
  • 2 genggam kacang buncis (dibersihkan dan potong 1cm panjang)
  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji telur
  • sedikit daun kari
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk rempah '5 spice' - nak lebih pun okey...ikut citarasa - tak letak sbb tak der stok
  • garam dan aji secukup rasa
  • minyak
Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih, halia, bawang merah, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  2. Masukkan kacang buncis, kacau dan biarkan sebentar. Tambahkan serbuk kunyit, garam dan aji. Kacau sebati.
  3. Pecahkan telur di tgh2 kacang buncis, kacau2 kuning telur sedikit dan cover telur ngan kacang buncis. Tutupkan kuali ngan penutup selama 3 minit.
  4. Selepas tuh, kacau sebati semua bahan dan campurkan rempah 5 spices...kacau lagi. Padamkan api. Sedia dihidang!

No comments: