Monday, February 22, 2010

Cucur Badak

Semalam aku curi masa sikit buat cucur badak ni....hmmm..ni ler pestime aku buat sendiri cucur badak ni..sebelum ni asik2 beli jer tu pun masa bulan puasa beli kat bazar ramadhan pas tu tak pernah lak jumpa...sian kannnn...memandang kan kuih ni favourite aku..jd gagah ler nak buat .. tak ler payah benor nak buatnya..cuma masa jer....tp kan kuih ni tang mana ghuper badak pun aku tak tau..nak kata pas goreng kuar sumbu tak juga....nak kata gempal cam badak tak juga...hmmm kenapa yerrrrrr....bole buat research nihhhh...udah lerrrr..meh layan resepi ni...yg aku copy paste dari MyR..... resepi asal dari Princessharyati..thank yer princess...resepi u mmg sedap dan menjadiiiiii....


Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )

  • utk kulit
  • 2 biji keledek saiz besar- aku guna keledek kuning
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula

Cara-cara

  1. untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
  2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
  3. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
  4. letakkan inti dan tutup kembali.
  5. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap

No comments: