Friday, December 4, 2009

Tongkol Goreng Asam Jawa

Ikan tongkol or ikan aya ni hari tu lg aku masak...tp tak dan nak upload...baru hari ni mood tu ada nak paste kat sini...ingat masa raya haji hari tu nak buat ler nasi dagang tp memandang kemalasan dan ketidak laratan aku itu maka cancel ler nasi dangang...so pada hari tu tak masak apa2 pun....

Resepi ikan tongkol goreng asam ni asalnya resepi Hasue...telah dipanjang kan kat dapur K.Nor dan aku pun nak memanjang manjangkannya juga supaya senang nak rujuk...ikan ni sempoi jer tp perghhh sedap tul...kalau ada sambal belacan nasi panas...uihhhh...laki depan mata pun tak perasan...ok ler tak mau meraban byk beno....aku nak CNP resepi ni dari dapur K.Nor...bole yer K.Nor..kalau tak leh pun saya nak buat jugaaaaaa...

TONGKOL GORENG ASAM JAWA
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..

No comments: