Monday, December 28, 2009

Goreng Cempedak


Kes teringin nak mkn goreng cempedak la nih....kalau beli siap goreng tak puas mkn...jd goreng ler sendiri..dok hadap ler dgn Enas mkn goreng cempedak ni td...sebelum goreng tu korek2 ler MyR..jumpa ler resepi dari HaSue utk buat cucur tepung nya itu...tp aku guna buah cempedak bukan buat terap seperti yg HaSue tu..apapun ternyata rangup dan sedap terima kasih buat HaSue..akak nak CnP resepi mu ini yer...

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu mkn gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 cawan air
  • Buah Terap yg msk ranum..(atau pisang/cempedak dll)

Cara-cara

  1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.
  3. Leraikan isi buah terap/cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung..(kalau pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))
  4. Panaskan minyak di dlm kuali,sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.
  5. Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sdh panas sebelum menggoreng. SELAMAT MENCUBA! ;)

No comments: