Sunday, November 8, 2009

Peria Kacau Goreng

Sudah sekelian lama tak masak Si Peria Pahit...semalam pergi pasar, teringin pula...beli ler sebiji..kebiasaannya peria ni aku masak tumis cili kering jer....tp hari ni dok klik klik klik kat MyResepi teruja la dgn resepi dari Lina_Pg nih..maka jadi la..Peria Kacau Goreng..seperti biasa la yer...CnP jer resepi ni..maleh nak taip2 ni.

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan ) - Sumber Lina_Pg MyR

  • 1 biji peria panjang
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit).
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Bilas peria dengan air dan toskan.Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.Akhir sekali masukkan cili merah sebagai hiasan.
  6. SELAMAT MENCUBA

p/s menu ni aku saja tambah tauhu yg kebetulannya ada sekeping..nak abihkan stok.

2 comments:

Noorma Ismail said...

sedapnyer peria, kat umah ni kita sorang jer yg makan peria ni, kalo beli sebijik boleh masak 2 kali...sbb tu malas nk beli...

lieza said...

Noorma...sedap tp pahit gitu..kalau mkn sorang tu yg kekadang kita pun maleh nak beli dan masak tul tu..