Pagi tadi mcm terlebih rajin sikit..sikit jer laaaa...sbb nak buat apam nih mmg senang dan cepat..apalagi godek2 ler...buat ler utk sarapan bebudak nih...sesapa nak cuba buat...buat ler yer..berbaloi sgt, adunan nih dpt ler dlm 6 biji mcm gambo kat atas tu..aku marble kan dgn kaler hijau dan warna asal tp tak nampak marble nya ....kena belah baru nampak....ok la..meh kita intai resepi nih dari sini ONIGIRI MyR..akak CnP jer yer Ros. utk tepek kat blog nih..thanks sbb sudi share resepi yg mudah nih...dan ada derhaka sikit akak guna tepung Self Raising..
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 150 gram tepung gandum - Guna Self Raising Floor/tepung naik sendiri
- 1 biji telur
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder- letak juga
- 75ml air mitsuya cider ( aiskrim soda) - yg nih pun tambah sikit sbb tgk adunan cam pekat.
- sedikit pewarna merah
Cara-cara
- sediakan kukusan, asing putih n kuning telur, pukul putih telur hingga kembang baru masukkan kuning telur. Pukul lagi.
- akhir sekali masukkan gula dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder, kemudian masukkan air soda dan kacau menggunakan sudu, pastikan semua sebati.
- bahagi adunan dua bahagian , satu bahagian diwarnakan merah atau hijau, satu lagi bahagian biarkan warna asal, sudukan selang seli di dalam acuan dan marble kan ikut kreativiti anda sendiri. Kukus lebih kurang 8 minit, siap untuk dihidangkan.Tekstur apam ni sangat lah gebu dan lembut. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment