Monday, May 11, 2009

Home Made Pizza


Hari ni kan aku terajin ler...so aku buat pizza..sbb masa weekend tu ternampak mozarella cheese...so aku pun sambar ler.....n penyudahnya jadi ler pizza ala2 pizza hut ni..mmg sedap..Mr. Hubby kata sedap ler...mcm pizza hut..so next time takyah pegi pizza hut...hehehhe...resepi ni aku ceduk kat MyR..resepi Pn. Tulippp..thanks byk2 sbb share resepi yg mudah ni...meh ler korang tgk resepi ni..aku CNP jer..

Bahan-bahan ( loyang 11" )
  • ** Untuk doh pizza **
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli
  • ** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula
    ** Untuk Topping **
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza

Cara-cara
** Untuk doh pizza **

  1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  3. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  4. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  6. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

    ** Untuk sos pizza **
  8. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.
p/s Resepi ni aku buat apa yg ada kat peti simpanan aku jer...aku guna sos tomato tanpa tomato puri ...utk bahan topping aku letak sosej..tuna..nenas..n mozarella cheese..ikut tekak nak letak apa pun...janji sodapppp...hehhehe..

No comments: