Wednesday, February 4, 2009

Moist Chocolate Cake



Ni nak share ler resepi kek coklat yg paling senang nak di buat kedua2nya nih lain resepi tapi rasa lebih kurang jer..mmg moist..2 resepi ni mmg senang dan sedap..tak caya cuba buat yer..resepi ni sumber dari internet ...mmg sedap.
Resepi 1
Kek Coklat kukus Zaima
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
  • ½ cawan susu manis
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur

Cara :

Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam . Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

Sumber Kak nor Myresepi
Utk choc ganache/topping
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara cara :-
Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Resepi 2
Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)
Bahan-bahan:-
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
  • 1 cwn air panas

Cara-cara:-

ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.


2 comments:

Anonymous said...

TQ kak..jd kek coklat sy..
happy betul..dahlah senang aje..tak pyh pakai mixer ke hapa..best betoll...
kem slm kat ezad kak
sy UiTM Perak
kenal dia..

-Pani-

Ezadlieza said...

Pani...mmg sedapkan kek ni peh tu senang jer nak buat..org kata main campak2 jer kan.....tak yah susah nak guna mixer...kejadiannya sedap dan lembut tak gitu....

ooo uitm perak yer...en ezad kenaiiii...hehehe