Saturday, February 21, 2009

Milky Marble Cake



Sedap kek ni....tak caya meh try buat yer...sumber Jun Yummylicious resepi asal dari Chef Norzailina Nordin.

Bahan-bahan :-
  • 250gm butter
  • 230gm gula castor
  • 2 sudu teh ovalette
  • 4 biji telur
  • 270gm tepung superfine
  • 1 sudu teh baking powder
  • 60gm susu pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar susu segar/susu cair(saya guna susu segar)
  • 1 sudu teh pes coklat/emulco
Cara-cara:-

  1. Ayak tepung n baking powder, ketepikan.
  2. Pukul butter, gula n ovalette hingga berkrim n ringan. masukkan telur satu persatu sambil pukul. kaup balik tepung. masukkan susu pekat, gaul sebati.
  3. Bahagi dua bahagian. satu dibiar plain, satu lagi dicampur ngan serbuk koko, susu segar n pes coklat. masukkan selang-seli kedalam loyang beralas n bergris. bakar pada 180'c selama 40-45min.

No comments: