Wah..lamanya den tak update blog nih...sebenornya line tak ok.....tu yg maleh nak update tu....buat masa nih amik ni..apam pisang..sedap nih..sempoi jer nak buat...source from maklang punya fp....
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam
Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. Nota:
p/s Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.
1 comment:
Wah bisa ser nih cara buat 2 roti, say bis aser di tunmbuhab heral utk penyembuhan dan kesehatan di www.sigitbimo.blogspot.com
Post a Comment