Friday, May 5, 2017

Kek Pisang Blend Moist Gebu Nina Mirza


 Assalammualaikum....

Setelah sekian lama... kena juga update sebab kekadang nak rujuk semula resepi yg dah pernah buat kita dah lupa..jd kita update la sikit2.

Byk kali buat kek pisang yg senang nak dibuat ni...buat yg plain biasa..seterusnya ada tambah coklat chip...Kek ni Lieza kukus yer...Bakar pun boleh...yg bakar lieza belum cuba...next time nak try bakar pulak...
  
Resepi sumber
 
Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**

4 biji pisang berangan (kalau tak de, pisang emas pun boleh dalam 7-8 biji gitu)
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (Nak lagi sedap separuh gula putih separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**

Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…

### Lieza guna minyak masak dan utk tepung lieza guna tepung naik sendiri jd skip la baking powder tu. Utk gula liza letak separuh gula putih n separuh gula perang.





No comments: