Lieza buat lagi Congo Bar utk Jamuan Hari Guru utk kelas Eryna...untuk Enas Lieza buatkan sandwich telur campur sosej bermayonis...semua ni diatas permintaan dorang sendiri..lain tekak lain kemahuannya...lain anak lain kehendaknya...jadi kita layankan aje lahhh kan...janji dorang gumbira...
Tetiba nak throwback kisah masa kecik dulu....mcm kita kecik2 dulu mak lah sentiasa masak utk kita yg kita tahu mesti dah ada atas meja terhidang kan...pepagi mak akan sediakan sarapan sebelum pergi sekolah walaupun hanya nasi goreng tapi mak akan sediakn juga....masa kecik2 tu yg kita tahu hanyalah ada makanan jer..tak terfikir kesusahan utk menyediakn segala keperluan untuk tmembesarkan kita...tapi massa tu apa yg dihidang itu lah yg dimakan sardin pun sardin lah...sambal pun sambal jer lah..telur pun telur jer lah...tak kisah pun tp semua mak yg sediakan...semuanya mak...itu ini mak...tapi bila kita semua dah besar panjang dan berkeluarga adakah mak juga yg kena masakkan utk kita? fikir2 lah kan..kederat org tua yg dari dulu dah masak kan utk kita apasalahnya kita pula masakkan utk mak kita pulak kan, bukannya slalu...sbb tu masa mak Lieza ke sini Lieza masakkan apa sahaja utk Mak, biarlah mak rasa hasil dari air tangan Lieza pulak almaklumlah kita dah berkeluarga kan......mmg tak sampai hati tgk Mak bersusah payah nak masakkan utk kita lagi...maklumlah org tua berdiri pun tak boleh nak lama2 terbongkok bongkok...mmg kesian...cuba bayangkan Mak kita masak susah payah lepas tu kita tidor terbongkang tak peduli pun...yg kita tahu mak dah siap masak dan nak makan jer...agak2 lah kan patut ke camgitu yer...harap2 kita semua jgn lah ada sikap sebegitu rupa...fikirlah....
Arhhh panjangnya Lieza dok merapu...sesekali apasalahnya kan...bila dapat menekan papan kekunci ni rasa syok jer nak menaip...
Oklah berbalik pada cerita Congo Bar ni..Lieza masih mengguna resepi yg sama yg pernah Lieza kongsi hari tu...resepi yg di ambil dari Anna Qawina
Congo Bar
Sumber Resepi : Annaqawina
Lieza guna loyang 10 x 14
Bahan-bahannya:
- 2 3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum
- 2 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
- 1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm -
Komen Anna di Fb - Alhamdulillah kak..sama2...tp kan..saya buat jual letak brown sugar tu 240g je kak..just nice x manis sgt & boleh potong x hancur. Lupa nk update..(lieza guna 240gm)
- 3 biji telur
- 1 sudu teh vanilla essence
- 11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang(kali ni liza guna coklat chip)
- 1 cawan kacang pecan dicincang- saya guna kacang badam (lieza guna badam flakes utk taburan je tak boleh dicampur dlm adunan sbb anak2 tak suka)
- segenggam kismis hitam- saya tambah - lieza tak letak
Caranya:
Menggunakan mixer:
- Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
- Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
- Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
- Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan.
- Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.
Menggunakan tangan:
- Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
- Satukan butter dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
- Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
- Masukkan vanila, kacang dan coklat.
- Akhirnya masukkan adunan tepung.
- Griskan loyang 13x9 (saya guna loyang 11 x 11inc) dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment