Assalammualaikum semua.....
Lama tak jengok sini....byk betul kekangan kekangan yg membuatkan tuan umah tak sempat nak hadap blog....masak masak cuba masakan itu dan ini mmg ada tp tak sempat utk di kongsi disini...
Ok ler tak yah buang masa dgn meleret2 panjang yer...
Kali ni lieza nak share satu lagi resepi donat yg lembut sangat..sbb apa lieza kata sangatttttt sbbnya donat ni kalau dah seharian pun masih lembut dan anak2 makan pun kesedapan...bukan setakat rasa sahaja tapi bahan2 yg digunakan mmg mudah tp dpt menghasilkan donat yg lembut yg membelai gigi yg kian longgar...longgarr lah sangat yerrrr...
Resepi donat ni kongsi oleh Izah Muffin Lover...bagi yg tak pernah terjah cer cer terjah yer...terima kasih Izah.....
DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
by: izah
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin
Satukan tepung,
gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan
lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli
sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas
yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.
penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.
Lieza mempelbagaikan adunan donat ni buat pizza juga...pun sedap dan lembut....
No comments:
Post a Comment