Tuesday, September 11, 2012

Laksa Sarawak


Laksa sarawak.... sapa tak pernah mkn angkat tangan... kening ker...mesti pernah kan...
Alkisahnya bertahun tahun dah lieza dok sini tp ini lah pestime lieza buat sendiri laksa sarawak menggunakan paste yg mmg sedia ada di jual disini apa lg kan keluaran Hj Manan tu...
Pestime buat mmg tak mengecewakan selera kami ... berpandukan resepi yg telah di kongsi oleh Dayang Jack apa lg lieza follow jer lah kan... terima kasih kat dayang yer...

resepi yg lieza buat ni menggunakan paste yg sedia ada yer... utk sesapa yg susah nak dpt paste ni bole ler try buat pastenya sendiri... resepinya tgk ler bawa sekali yg lieza copy dari
Dapur Dayang Jack juga senang utk dirujuk...

Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Resepi utk buat pastenya
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.


2 comments:

izahdaut said...

hari tu kan, tekak ni meronta2 nak makan laksa sarawak. bukak la pes yang berkurun disimpan dalm peti es, skali tengok dah expired kak. nak nages rasanya.. terkenangkan nak buat pes sendriri tu..huhuhu nak membaca pun dah pening punya panjang bebahan. hahaa..

nur said...

my mom's favourite nih..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...