Monday, February 14, 2011

Sambal Telur Mata Kerbau



Menu biasa2 jer bergandingan dgn peria...bila dah jemu mkn ikan..ayam..sotong atau udang...masak ler telur pulak...kali ni sambal telur mata kerbau...bukan mata kucen yer...biasa lieza buat main campak jer buat sambal nih...tanpa letak belacan ke..serai ke..sos ke...tapi kali ni lieza dok godek kat rumah CMG...adalah terjumpa menu nih...jadi lieza pun masak ler style gini dan copy sekali..hmmm pendek jer citenya kan...jom try.thanks to CMG...utk masakan yg simple dan sedap..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji telur
3/4 cawan cili kisar
2 camca besar sos tomato - Lieza guna tomato puri
1/3 cawan jus asam jawa
1 batang serai, dititik
1 biji bawang holland, hiris kasar (guna bawang besar biasa pun ok)
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur dicuci bersih dan keringkan. Kemudian, goreng mata kerbau sebiji demi sebiji hingga kuning keemasan pada dua2 bahagian dan merahnya mengeras. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus dan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tomato, kacau dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa.
  3. Bila kelihatan sedikit pekat, masukkan bawang besar hiris dan juga telur mata kerbau tadi, berhati2, gaul kan telur dengan sambal hingga rata. Kecikan api dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan.

1 comment:

Hebat Sungguh said...

singgah di sini nak cari menu utk masak tghari..hehehe