Thursday, November 11, 2010

Daging Masak Merah K.Nor


Haishhhhh.....maap yer K.Nor...harini Lieza byk culik resepi dari dapur K.Nor...dah lama berkira2 nak buat daging nih...baru hari ni terlaksana bukan laksamana yer...Daging nih lieza gandingkan dgn Nasi Serai....(psssssttttt.....K.Nor sedap ler masak gini nih..belum pernah Lieza masak daging camni...sampai Mr.Hubby pun kata sedappppp.)

K.Nor Lieza salin resepi ni yer....nanti kalau nak buat lg...senang sikit tak yah lieza dok sepah2 dapur K.Nor lagi yer...hehehhe

Nak cuci mata bole ler masuk atau melawat Tuan Rumah Secubit Garam iaitu K.Nor sila2 jgn malu nak klik yer...

DAGING MASAK MERAH

500gm daging

bahan2 diblend:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia

2 - 3 sudu besar cili mesin
sedikit air asam jawa - Lieza derhaka sikit lieza ganti dgn 2 s/b tomato puri
2 sudu besar kicap
sedikit garam dan gula (jika suka)
air secukupnya
minyak

Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Goreng hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau2 hingga sebati.
Masukkan kicap.
Biarkan mesra sekejap baru lah dimasukkan 1 gelas air.
Masak dgn api sederhana hingga sedikit pekat dan masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak lah sehingga hampir kering dan daging empuk. (kalau dah hampir kering tp daging masih kurang empuk, boleh ditambah sedikir air)
Bila daging dah empuk boleh la dipadamkan api dan hidangkan.

PESANAN K.NOR :-
* Boleh juga dimasukkan bawang yg dipotong bulat sebelum api ditutup, kacau2 sekejap dan hidangkan.
** Bila memasak benda2 tumisan gini jgn buka api besar, nanti daging jadi liat dan rasa rempah kita kurang masak dan jd kurang enak

2 comments:

K.Nor said...

dah buat ya daging masak merah ni.. gu kan dgn nasi minyak pun sedap ni lieza..

psst.. ingat tak aritu akak kata akan postkan n3 daging yg sedap? akak dah letak n3 tu ... daging hitam manis berempah tu..

Ezadlieza said...

hmmm mmmg lazat ler k.nor...asben lieza pun suka...simple jer nak buat tp sedap...

Ingat K.Nor...tu ler yg lieza tunggu2 tu...dah kluar pong..nanti lieza nak buat juga laa..